Monday, 12 December 2011

Persembahan: Rangkaian 
                           pergerakan




1.Murid berbaris.


2.Bergilir-gilir melakukan pergerakan di laluan yang telah disediakan.





3)Hambur badan lurus ke atas peti lombol dan  
   mendarat


1.Dalam aksi dekam bawa kaki di antara kedua-dua belah tangan ke kedudukan mencangkung, tangan lurus dan mata memandang ke hadapan.


2.Semasa melakukan aksi dekam di atas satu lapis peti lombol.


3.Dari posisi dekam di atas peti lombol, melonjak ke atas dan mendarat.


4.Dari posisi mencangkung lonjak ke atas dan mendarat.


* Guru menyokong tangan murid semasa murid berada di atas peti lombol. Selepas mendarat, guru menyokong badan murid.

Sunday, 4 December 2011

2)Hambur badan lurus ke atas mini trampolin dan
   mendarat


1.Lonjak satu kaki ke atas trampolin, ayun kedua-dua
   belah tangan ke atas semasa melonjak ke udara.


2.Badan tegang dan torso dilengkungkan dengan kaki
   lurus ke bawah.
  
3.Mendarat dengan kedua-dua belah kaki dan lutut fleksi.


4.Ulang langkah 1-3 dengan lutut mencecah ke dada.
                                                                                                     。       
5.Berdiri tegak,kaki lurus ke hadapan dan memusing 45
                                                                    。              。
6.Ulang dengan memusing badan 180   dan 360  .

GIMNASTIK ASAS

Hambur dan mendarat

1)Hambur badan lurus secara berulang
 
   Melangkah selangkah diikuti dengan aksi melonjak
   dan mendarat dengan menggunakan kedua-dua
   belah kaki.

   Semasa melonjak ayun kedua-dua belah tangan dari
   bawah ke atas. Tegangkan badan dan bahagian
   torso dilengkungkan.



Saturday, 3 December 2011




Gimnastik asas


Permainan kecil:Bola kandang

1. Murid dibahagikan kepada 4 kawasan.
   kumpulan 1 dan 3 masuk ke dalam kawasan 
   manakala kumpulan 2 dan 4 berada di luar
   kawasan.


2.Murid di luar kawasan menggolek bola ke      
   arah kaki murid yang berada di dalam   
   kawasan


3.Murid di dalam kawasan melompat untuk 
   mengelak daripada terkena bola. Bila kaki    
   terkena bola kumpulan di luar akan diberi  
   1 markah.


4.Tukar peranan selepas tamat dua minit. 
2.Melompat halangan

   Melompat tali menggunakan kedua-dua  
   belah kaki, berlari ke arah gelung dan 
   melompat gelung dan berlari ke arah
   penamat.

Melompat


1.Melompat setempat


1.1.Melompat dan merapatkan kaki di udara dan 
   mendarat.


1.2.Melompat dan membuka kaki di udara dan
   mendarat,


1.3.Melompat sambil melakukan aksi berbeza-beza   
      dan mendarat menggunakan kedua belah kaki.

Friday, 2 December 2011

Permainan kecil : Menggelongsor pundi kacang.

1.Murid membentuk barisan dalam  kumpulan kecil.

2.Menggelongsor berpasangan dengan membawa pundi         kacang, meletakkan pundi kacang ke dalam bakul lalu kembali ke barisan.

3.Ulang dengan pasangan yang lain .

4.Kumpulan yang selesai dahulu dikira pemenang.
2.Menggelongsor berpasangan

   Murid menggelongsor ke kiri dan kanan sambil memegang tangan rakan (bersemuka dan membelakangkan
   rakan)

Menggelongsor

1.Murid menggelongsor kiri dan kanan mengikut arahan guru.

Mencongklang

1) Mencongklang bebas ke pelbagai arah dab kelajuan sambil memegang tali.


     memegang tali seperti memegang tali kekang kuda, boleh diganti dengan alatan yang sesuai.

Sunday, 13 November 2011

2) Permainan kecil : Bola sentuh
    
a)Murid bergerak membawa bola dan berjalan ke garisan pihak lawan.


b)Bola dihantar kepada rakan .


c)Sekiranya pembawa bola disentuh oleh pihak lawan, bola ditukar kepada pihak lawan.


d) Pasukan yang berjaya membawa bola melepasi garisan gol pihak lawan mendapat satu mata.


e)Permainan dimulakan semuladengan pasukan yang mendapat mata.


f)Pasukan yang paling banyak mengumpul mata dikira pemenang.

BERJALAN

1) Berjalan bebas dalam pelbagai arah dan kelajuan

     Murid melakukan pergerakan berjalan secara bebas dalam pelbagai arah   dan kelajuan.

2. Bergerak berhalangan
                                
    Bergerak bergilir-gilir melakukan aktiviti di stesen-stesen halangan.


KESEDARAN RUANG



1) Bergerak dalam ruang terbuka

 Berjalan ke pelbagai arah sambil bergerak/mengeluarkan bunyi.


Senaman